Resepi Ayam Masak Halia

ayam masak halia.jpg
Hari ini nak masak ayam halia berkuah untuk menu berbuka nanti. Resepi ni dapat daripada google, tapi dilemak kerana ia tak tahu nak catat daripada siapa. Walaupun resepi ni sempoi, saya catatkan juga disini guna jadi rujukan orang di masa depan. Bila di blog lain kongsi resepi ayam masak halia ala thai, saya boleh kongsi yang berkuah. Sesiapa pun boleh cuba.

Bahan-Bahan;
Dada ayam - dipotong kecil (MA gorengkan dahulu)
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*(* bahan nie di blander/ditumbuk kasar)
1" halia - dihiris nipis saperti mancis
1 biji bawang besar - dibelah 4 & diceraikan kelopaknya
1/4 capsicum/lada benggala - dipotong kecil
1 biji tomato sederhana besarnya - dipotong 6
1/2 biji lobak merah - dipotong bulat
7-10 biji cili padi - diketuk/dibelah 2
1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk kasar
1/2 sudu kecil pati ayam
1 sudu kecil tepung jagung- di bancuh dengan air
Sedikit sos tiram, sos tomato & sos cili
Sedikit kicap
1/2 cawan air
Sedikit garam & gula

Cara Masak
Perap ayam yang di potong kecil dengan sos tiram, sedikit serbuk lada hitam kasar & sedikit garam. Ikut suka nak perap berapa lama (lagi lama lagilah elok). Macam MA nak cepat perapkan 15 minit je...
Panaskan minyak & goreng ayam....tapi ada orang tak goreng - terpulang ngan citarasa masing-masing. Bila dah elok garing ketepikan.
Dengan mengunakan minyak yang sama, jika banyak buangkan sikit minyak tu, tumiskan bahan-bahan yang telah di tumbuk kasar bersama dengan halia hingga naik bau & kekuningan.
Masukkan bawang besar, capsium, lobak merah & cili padi. Kacau sebatikan.
Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato & sos cili. Masukkan juga air & sedikit kicap. Kacau sebatikan.
Bila dah mendidih masukkan kepingan dada ayam yang telah di gorengkan tadi. Kacau sebatikan.
Kemudian masukkan tepung jagung yang telah berbancuh dengan air, sesuaikan kepekatannya spt yang kita kehendaki....jangan lah pekat sangat...cair-cair manja ....gituuu.
Last sekali masukkan buah tomato, bersama garam & gula serta pati ayam. Kacau rata & sesuaikan citarasanya spt yang di kehendaki.

Tutup api bila dah puas hati. Sila hidangkan kepada keluarga. Nak tengok resepi ayam masak halia lain, sila tengok Blog Sawaguchi. Semoga berjaya.
04/28/2017 23:45:22
munokupolomi
Name
Email
Comment
Or visit this link or this one